Nilai Pasaran.

Nilai Pasaran.

Nilai pasaran ialah nilai terkini dimana para pelabur boleh membeli dan menjual sesuatu pasangan matawang itu.

Nilai pasaran ini akan berubah-ubah harganya dan perubahan ini dikenali sebagai ‘ticks’

Apabila nilai pasaran ini naik, kita katakan pasaran “bullish” , sebaliknya, jika nilai pasaran pasangan tersebut jatuh, kita kenalinya sebagai ‘bearish’.

Untuk mendapatkan keuntungan forex, kita perlu mempastikan dahulu arah pasaran bagi sesuatu pasangan matawang itu samada pasaran bagi pasangan tersebut ‘bullish’ atau ‘bearish’.

Jika arah pergerakan pasangan matawang itu naik atau bullish, kita hendaklah membuat trade BUY atau juga dikenali sebagai LONG. Sebaliknya, jika arah pasaran menurun, kita membuat trade SELL atau juga dikenali sebagai SHORT.

Untuk memudahkan pemahaman, saya buat satu contoh bagi menerangkan BUY/LONG & SELL/SHORT ini agar anda mudah nampak dan faham. Saya menggunakan contoh barang (emas) disini kerana jika saya menggunakan contoh matawang, mungkin ramai yang kurang faham.

Contoh BUY/LONG: Anda membeli 1 kilo emas hari ini kerana anda pasti harga pasaran emas akan naik esok (andaikan harga emas hari ini adalah $72,000/kg).

Keesokkannya,harga emas naik ke $75,000/kg. Anda terus menjualnya dan untung anda ialah $2,000. Anda mendapat untung ini kerana anda mengikut pasaran (trade with trends) iaitu, semasa pasaran naik, anda beli iaitu LONG/BUY.

Contoh SELL/SHORT: Anda mendengar berita bahawa harga pasaran emas akan jatuh dan harga minyak pula yang naik mendadak (harga minyak dan emas saling bertentangan). Maka, anda mengambil keputusan untuk SHORT/SELL atau untuk lebih senang faham=> “Jual dulu, beli kemudian”. Maka anda terus menjual emas(anda boleh jual walaupun belum memilikinya) pada harga $75,000/kg.

Keesokkan harinya, memang betul harga emas jatuh ke $65,000/kg dan anda membelinya dengan menggunakan hasil jualan emas semalam ($75,000). Maka, anda telah mendapat untung sebanyak RM10,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *