JENIS-JENIS ARAHAN

JENIS-JENIS ARAHAN BAGI URUSNIAGA FOREX:

1. Market Order:

Membeli(Buy New) atau menjual(Sell New) matawang pada harga semasa atau harga pasaran. Contoh diatas, bila anda klik BUY pada trading platform anda, anda boleh membeli pada harga pasaran 1.3455 atau
menjual pada harga yang ditawarkan oleh dealer iaitu 1.3452. Pada harga
market order ini, dealer akan menawarkan harga belian kepada anda di atas harga pasaran & menawarkan anda untuk menjual dibawah harga pasaran (dealer untung di atas perbezaan spread)

2. Entry Order

Jika anda tidak mahu LONG atau SHORT pada harga semasa (market order),
anda juga boleh membuat tempahan untuk memasuki pasaran pada harga
tertentu yang anda suka. Contohnya jika harga belian sekarang dirasakan terlalu tinggi, anda boleh menempah posisi anda pada harga yang lebih rendah. Klik butang ENTRY dan masukkan arahan. Dalam contoh di atas, harga belian semasa ialah 1.3457. Tetapi anda mahu menunggu harga jatuh & ingin membeli pada harga 1.3440 iaitu harga yang lebih rendah dari yang ditawarkan sekarang.

Maka anda perlu membuat ENTRY order.

3. Limit Order:

Limit order atau Target Point (TP) adalah arahan yang kita berikan kepada
dealer untuk menutup posisi kita bagi mendapatkan keuntungan. Contoh, anda membeli EUR/USD diatas pada harga 1.3455 dan ingin menutup (close)
position anda pada harga sasaran 1.3480 iaitu 25pips lebih tinggi. Maka, anda akan key-in data tersebut seperti gambarajah diatas.
4. Arahan Stop Loss(SL) StopLoss (Tahap berhenti & keluar)

Arahan Stop Loss(SL) StopLoss (Tahap berhenti & keluar) adalah arahan
yang bertindak menutup posisi open trade secara automatik apabila posisi
semasa mengalami kerugian dan mencapai sasaran Stop Loss yang telah kita tetapkan

Peringatan: Adalah penting untuk menetapkan arahan SL dan TP untuk setiap posisi trading kita.Ini adalah salah satu fungsi yang membolehkan kita mengawal kerugian dan memaksimakan keuntungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *