ANALISIS TEKNIKAL

ANALISIS TEKNIKAL (TECHNICAL ANALYSIS)

Menganalisa harga pasaran secara teknikal adalah satu cara untuk kita
mengetahui dan meramal trend yang akan terbentuk dengan membandingkan corak(patern) trend sekarang dengan patern market yang lepas-lepas.

Mengikut analisis teknikal, pasaran seakan mempunyai ingatan atau “memory” dan selalunya mengikut trend yang lepas. Contohnya, jika pada suatu ketika dahulu, jika harga mencapai satu tahap satu point tertentu & kemudian harga jatuh menjunam, besar kemungkinan ianya akan berlaku lagi pada masa hadapan pada titik yang sama. Kita kenali titik ini sebagai penghalang atau resistance

Dua komponen utama dalam analisa teknikal ialah chart(carta) dan indicator (petunjuk). Indicator ini bertindak dengan melukis corak diatas carta berdasarkan anasisa kira-kira(study) yang telah diprogramkan.

Terdapat dua jenis indicators iaitu leading indicator(mendahului) dan lagging indicators(mengekori/lambat)

Leading Indicators terdiri daripada CCI,Relative Strength Index (RSI) dan
Stochastic. Menganggar harga pasaran mencapai paras jualan tepu (oversold) dan belian tepu(overbought).
Contoh leading indicator: RSI-mengukur peratusan jual/beli dengan mentafsir nilai overbought jika RSI >80 dan oversold jika RSI <20

Lagging Indicators terdiri daripada MA (Moving Average) adalah salah satu
indicator yang popular.Ia gunakan untuk menggambarkan trend jika harga
semasa melepasi satu-satu unjuran MA. Antara setting MA yang popular ialah 5EMA,20EMA,100EMA,200SMA,60SMA,50EMA dan banyak lagi.

MACD (Moving Average Convergence-Divergence), mengukur pergerakan dua Line Moving Average(slow & fast). Biasanya digunakan untuk melihat
divergence iaitu ia memperlihatkan corak pergerakan yang berlawanan dengan corak harga pasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *