Asas Fundamental

Apakah faktor lain yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang trade?

Sebagai forex traders, anda perlu juga mengetahui sedikit sebanyak berkenaan Analisis Fundamental kerana analisis teknikal sahaja tidak dapat menjamin 100% kejayaan trade anda. Jika anda mengenepikan dan tidak ambil peduli analisis fundamental dan hanya bergantung sepenuhnya kepada analisis teknikal semata-mata, dan hanya bulat-bulat mengikut carta sahaja, besar kemungkinan anda sukar untuk mendapat trade yang menguntungkan, walaupun anda ada berbagai-bagai carta, pelbagai expert advisor bernilai ribuan ringgit serta berpuluh-puluh komputer menganalisa carta buat anda.

Forex traders perlu sentiasa sensitif terhadap berita ekonomi semasa (daily economic updates) .Ini kerana pasaran boleh berubah arah dengan tiba-tiba akibat dari berita ekonomi ini.

Sentiasalah membaca berita-berita dan perkembangan terkini forex yang boleh diperolehi dari broker forex anda kerana ianya mudah diperolehi dari trading platform anda seperti contoh di bawah:

Kalendar Ekonomi Global adalah penting untuk anda merancang trade anda kerana pengumuman, kadar pertumbuhan ekonomi dan dasar kewangan sesuatu negara itu akan dikeluarkan pada tarikh yang tertentu di dalam kalendar ekonomi.

Lazimnya, sebelum pengumuman penting ini dikeluarkan atau disiarkan, pasaran akan mengalami sedikit kelembapan dan menurun kerana ramai traders akan lebih berhati-hati dan menunggu apakah berita tersebut positif atau sebaliknya.

Bila sahaja pengumuman disiarkan, pasaran akan mula bergerak cergas dan aktif samada bullish (menaik) atau bearish (menurun). Berita-berita dan pengumunan penting ini boleh diperolehi dari laman web broker anda.

Di Trading Station FXCM, Global Economic Calendar boleh di akses dengan klik pada menu “plugins” –> Global Calendar seperti di bawah.

Bilakah masa yang terbaik untuk trade?

Masa yang terbaik untuk trade bergantung kepada pair matawang. Sebagai contoh, waktu pagi di Malaysia, sesuai untuk trade pasangan matawang ASIA seperti yang berkaitan dengan JPY sementara waktu malam di Malaysia pula, sangat bagus untuk trade pasangan matawang yang berkaitan dengan USD.

Mengapa ada waktu tertentu yang bagus untuk trade?

Untuk memudahkan pemahaman bagi menjawab soalan di atas, saya gunakan contoh mudah berikut. Cuba anda bayangkan anda adalah antara jutaan pelancong dari serata dunia yang ingin melancong ke Britain. Lazimnya kebanyakan penerbangan antarabangsa yang jauh akan tiba di kota London pada awal pagi.

Setibanya anda (dan jutaan pelancong lain dari pelbagai airport) masuk ke London, apakah perkara utama yang akan anda lakukan? Ya, menukarkan wang yang anda bawa (selalunya semua pelancong akan bawa US Dollar jika pergi ke mana-mana destinasi antarabangsa ) dari USD ke GBP (Great Britain Pound).

Ini bermakna, anda jual USD yang anda bawa dan kemudian membeli GBP.

Apabila pagi bermula di Britain, pengimport serta pengeksport melalui kargo udara dan laut juga akan membuat tukaran wang yang serupa juga apabila membuat urusan di Britain. Lazimnya, transaksi mereka ini adalah melalui bank-bank dan mencecah berbillion US dollar sehari.

Penjualan besar-besaran USD dan pembelian besar-besaran GBP oleh anda dan jutaan pelancong lain serta oleh pedagang antarabangsa (import/eksport) dan pelbagai institusi lain tentunya akan menyebabkan USD menjadi murah (jatuh) dan GBP menjadi kukuh (naik harga).

Semuanya ini berlaku paling aktif BERMULA jam 8:00 pagi di Britain atau bersamaan jam 3:00 petang waktu Malaysia. Ianya juga lebih dikenali sebagai London Open. London open bermaksud waktu di mana bank-bank dan institusi kewangan lain di London memulakan operasi mereka dan tukaran asing muladiurusniagakan dengan banyaknya. Ini adalah waktu yang terbaik untuk trade pair yang berkaitan dengan GBP atau matawang Eropah yang lain. Sewaktu

London Open, lazimnya pasangan GBP/USD akan naik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *