Introducing Broker (IB)

Introducing Broker (IB)

Ramai yang keliru dengan Introducing broker dan menyangkakan Introducing Broker adalah cawangan kepada syarikat broker. Ini adalah anggapan yang sangat salah.

Sesuai dengan namanya, IB hanyalah bertindak sebagai agen pengenal (introducer) atau agen yang mencari dan memperkenalkan traders baru kepada syarikat broker.

Sebagai ganjaran, syarikat broker akan memberikan ganjaran berupa perkongsian keuntungan spread dengan IB.

Ini bermakna, semakin ramai agen IB dapat memperkenalkan traders baru yang membuka akaun dan trade dengan sesuatu syarikat broker, semakin banyaklah juga pendapatan IB tersebut.

Maka, janganlah anda teruja bila terjumpa seseorang yang bertindak sebagai IB ini dan kelam-kabut meminta nasihat pelaburan forex dari mereka pula. Mereka ini bukannya wakil syarikat broker, tetapi introducer sahaja. Atau lebih mudah dikatakan sebagai marketing agen syarikat broker sahaja. Dan jangan terkejut jika ramai dikalangan pekerja syarikat IB ini sendiri pun tidak faham forex sepenuhnya.

2 thoughts on “Introducing Broker (IB)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *