Apakah FOREX?

Fakta Forex: Apakah FOREX?

Forex adalah singkatan Bahasa Inggeris bagi FOREIGN EXCHANGE. Jika di terjemah ke Bahasa Malaysia bermaksud PERTUKARAN MATAWANG ASING.

Secara ringkas, FOREX adalah pasaran matawang dunia di mana matawang dibeli dan dijual oleh saudagar-saudagar FOREX dan bank-bank seluruh dunia.

Sebelum tahun 1996, pasaran ini hanya dibuka kepada ahli-ahli exclusive, yang terdiri daripada Bank, Institusi Pelaburan dan individu berpengaruh (High Net Worth Individuals), konglomerat multi millionaire seperti George Soros sahaja kerana modal permulaan sebanyak USD10 Juta diperlukan untuk memasuki pasaran ini.

Oleh itu, pasaran forex ketika itu tidaklah popular dikalangan pelabur biasa kerana ramai yang tidak mampu dan tidak dibenarkan melabur di dalam forex. Jumlah dagangan harian juga di bawah USD500 juta setiap hari sahaja.

Kemudian, pada tahun 1996, forex dibuka kepada orang ramai selepas diluluskan buat pertama kali oleh Presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton. Semenjak itu, broker-broker forex tumbuh bagaikan cendawan dan jumlah dagangan terus meningkat setiap tahun. Kini, purata dagangan harian forex mencapai USD2.5 trillion setiap hari.

Pasaran FOREX amat berkuasa sehingga dapat menjatuhkan ekonomi sesuatu negara dalam sekelip mata (Contoh di Russia dan Indonesia). Ingatkah anda siapa George Soros? Beliau sangat bijak menggunakan kuasa yang ada pada pasaran forex bagi mendapat keuntungan melebihi USD1 billion dalam sekelip mata sahaja.

Kini, broker forex semakin bertambah banyak dan akibat dari pada saingan broker forex di internet, modal minima membuka akaun telah menjadi semakin rendah.

Kini, memadai dengan modal sebanyak USD100 sahaja, anda boleh membuka akaun dan mulakan dagangan (trade). Malah sudah ada platform broker internet forex yang menawarkan modal permulaan serendah USD25 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *