Untung Forex

Untung Forex.

Bagi mendapat keuntungan dalam Forex, kita perlu membuat arahan belian (BUY/LONG) ketika harga pasaran menaik atau BULL. Sebaik sahaja anda membuat pembelian ini, anda dikatakan telah “membuka” position (Open Position). Jika harga terus menaik, anda akan mendapat untung. Untuk mendapatkan untung tersebut, anda mestilah menamatkan urusniaga ini dengan menjual atau menutup position anda tadi (Close position). (reversal)

Traders akan menutup position pada ketika harga pasaran berada dipuncak dan carta menunjukkan tanda-tanda perubahan arah pasaran
Pada keadaan sebaliknya (harga pasaran dijangka jatuh) arahan jualan(SELL/SHORT) perlu dilakukan. Kita akan menjual dahulu pair matawang tersebut semasa harganya masih mahal dari dealer (umpama pinjam dahulu) dan kemudian bila harga jatuh murah, kita membeli semula pair tersebut dengan harga lebih murah kemudiannya.

Harap anda masih ingat lagi contoh pembelian & penjualan emas di bab sebelumnya kerana konsepnya adalah sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *