Moving Average(MA)

Moving Average(MA)

MA merupakan salah satu indicator yang paling popular.

Terdapat beberapa jenis moving average. Simple Moving Average(SMA atau MA saja), Exponential Moving Average(EMA), Weighted Moving Average(WMA). MA merupakan kiraan purata harga tutup pasaran untuk sesuatu masa yang telah disetkan. MA merupakan garisan yang akan bergerak ke atas atau ke bawah, mengikut arah pasaran.

Contoh:

Untuk mengira MA untuk 10hari (10MA) adalah dengan cara mencampurkan semua harga tutup pasaran untuk 10 hari dan bahagikan kepada 10 hari.

Di bawah ini adalah contoh 100MA dan 50MA. Semua kiraan akan dibuat oleh program komputer. Salah satu fungsi utama MA adalah untuk mengenal yang sesuatu trend sedang berlaku. MA adalah jenis indicator yang “lagging”.

Maksudnya ia bergerak mengikut harga dan bukan proaktif memberi isyarat ramalan. Jadi MA ini tidak meramalkan apa-apa, Cuma ia “sahkan” yang sesuatu trend (uptrend atau downtrend) sedang berlaku

Seperti di contoh atas, dalam sesuatu uptrend, MA akan berada di bawah harga pasaran dan ia akan mencondong ke atas, dan juga sebaliknya dalam downtrend.

Jika ini berlaku,kebanyakan trader akan mempertimbangkan untuk simpan position long lebih lama apabila harga pasaran berada diatas sesuatu moving average kerana besar kemungkinan harga akan terus naik

“Momentem” atau kekuatan trend boleh diubah dengan mengunakan MA yang lebih kecil, misalnya kurang dari 20 hari. Lebih kecil kiraan purata lebih kuat momentumnya. Selalunya MA yang kurang 20 hari boleh diklasifikasikan dalam short-term, 20-100 pula medium term dan 100 keatas long term trend.

Traders selalunya mengunakan lebih daripada 1 MA untuk melihat pergerakkan market secara keseluruhan, dari segi short, mid dan long term MA boleh juga digunakan untuk mengetahui “level” yang boleh dianggap sebagai support dan resistance.

Perhatikan contoh di bawah. MA (200 hari) bertindak sebagai garis support yang kuat. Harga akan kembali naik apabila mendekati garis support ini. Peluang ini seharusnya diambil untuk posisi LONG/BUY.

MA juga boleh bertindak sebagai penghalang (resistance) jika harga jatuh di bawah paras garisan MA. Satu lagi fungsi MA adalah untuk setkan SL kita. Ciri MA yang boleh menjadi support atau resistance adalah “tool” yang boleh kita gunakan untuk meminimakan risiko kita dalam sesuatu trade kita. Perhatikan contoh di bawah:

Dalam contoh ini, kita menganggap MA200 sebagai support, dan mempunyai position long yang telah lama buka, apa yang boleh dibuat ialah SL kita boleh kita setkan dibawah line support ini.

Salah satu keburukan MA ialah ia tidak berguna apabila pasaran sedang dalam fasa pembetulan atau ”consolidation” atau flat. Contoh di bawah menunjukkan keburukan MA apabila market tiada trend, iaitu apabila tidak berada dalam apa-apa trend, uptrend mahupun downtrend.

Berhati-hati dengan “lag” MA. Oleh kerana semua MA adalah lagging, signal yang diberikan oleh MA selalunya lambat, apabila market telah pun membuat pergerakkanya. Keadaan seperti ini akan kerap kali berlaku.

Cara asas untuk memanfaatkan MA untuk trading ialah “crossover”. Iaitu apabila pasaran bergerak dari atas MA ke bawahnya, ataupun bergerak dari bawah keatas

Satu lagi kaedah “crossover” ialah dengan menggunakan lebih daripada 1 MA. “Crossover” jenis ini berlaku bila MA “shortterm” bersilang dengan MA “longterm”. Cara ini gunakan untuk mengenal pasti “momentum” atau kekuatan sesuatu pergerakan pasaran. Signal untuk long dihasilkan apabila MA shortterm bersilang ke atas MA long term dan signal untuk short terhasil apabila MA shortterm bersilang kebawah MA longterm.

Contoh dibawah menunjukan signal untuk posisi trade LONG terhasil daripada crossover “Triple crossover” merupakan cara yang mengunakan 3 jenis MA. Sebagai contoh MA5, MA10 dan MA20 bersilang di antara satu sama lain. Dengan menambahkan MA, signal-signal yang palsu boleh dikurangkan. Apabila MA5 bersilang dengan MA10, dan naik ke arah atas, ini menunjukkan signal buy telah terhasil. Akan tetapi, trader boleh tunggu sehingga MA10 bersilang dengan MA20 dan naik ke atas. MA10 yang bersilang dengan MA20 boleh digunakan untuk mempastikankan buy signal yang dihasilkan oleh MA5 dan MA10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *