TIPS MEMILIH BROKER FOREX

TIPS MEMILIH BROKER FOREX

Untuk mencapai kejayaan dalam trading FOREX kita harus memilih broker FOREX yang berkualiti. Ketika ini banyak forex broker yang melakukan penipuan dengan sukar melakukan pengeluaran dengan beribu alasan serta mempermainkan harga agar kita selalu rugi.

Tidak semua FOREX broker menunjukkan laporan kewangan. Beberapa indikator untuk mengetahui kewangan broker dari sisi luar adalah: Broker tersebut berdaftar dari negara mana? Dimana mereka mempromosikan dirinya? Dimana lokasi pejabat mereka? Apakah sistem pembayaran yang mereka gunakan.

Sebagai contoh, untuk menjadi broker dengan member regulasi Amerika (NFA), broker harus memenuhi modal minimum yang telah ditentukan. Ketika ini modal minimum dari NFA (National Future Association) adalah $20 juta. Berikut adalah tips untuk memilih broker yang terbaik:

  • BERDAFTAR. Pastikan broker yang kita gunakan berdaftar dengan organisasi di suatu negara.

    1. Amerika : (NFA) National Futures Association dan (CFTC) Commodity Futures Trading Commission.

    2. Inggeris : (FSA)  Financial Service Authority

    3. Jepun : (FSA) Financial Service Agency

    4. Indonesia : (Bappebti) Badan Pengawasan Perdagangan Berjangka Komoditi.

    • SPREAD YANG RENDAH. Selisih harga jual dan beli yang terlalu tinggi akan merugikan seorang trader. Maka dari itu pilihlah broker yang memiliki spread yang rendah. Standard spread untuk GBP/USD : 3 dan EUR/USD : 

  • TIADA KOMISSION. Broker biasanya sudah mendapatkan keuntungan dari spread. Broker yang serakah akan mengenakan komission

  • NO SWAP. Swap biasa disebut dengan bunga menginap. Terjadi jika pembukaan posisi kita di pasar lebih dari 1 hari maka kita akan dikenakan bayaran tambahan.

  • DEALING DESK. Dealing desk adalah suatu bahagian dalam broker forex yang mengatur order sebelum meneruskannya ke pasar. Sebaiknya kita berhati-hati dengan broker yang menjalankan dealing desk karena ada kemungkinan mereka tidak meneruskan order ke pasar/bank dan melawan tradernya sendiri

  • PLATFORM TRADING. Saya lebih menyarankan untuk menggunakan MT4. Ketika ini sudah ada versi terbarunya iaitu MT5 tapi masih dalam proses pengujian

  • REALTIME CHAT: Kalau pergerakan harga sering putus maka broker tersebut tidak bisa diandalkan. Bandingkan juga pergerakan harga antar broker

  • SISTEM DEPOSIT DAN WITHDRAWAL: Pilih broker yang menyediakan pelbagai cara deposit dan withdrawal seperti Mastercard, Skrill dan Paypal dan sebagainya. Skrill Paypal dan Mastercard sangat cerewet. Mereka (Mastercard, Skrill dan Paypal) memerlukan pengesahan serta kepastian kepada sesiapa yang menggunakan perkhidmatan mereka. Mereka memastikan syarikat tersebut betul-betul wujud sebelum membenarkan menggunakan perkhidmatan mereka

  • ANUGERAH: Pilih broker yang menerima banyak anugerah kecemerlangan dari badan-badan kewangan dunia

  • KHIDMAT SOKONGAN: Pilih broker yang menyediakan khidmat sokongan/chat 24 jam dan 5 hari seminggu. Broker penipu hanya akan online dalam beberapa jam sehari sahaja.

Semoga tips diatas dapat membantu anda memilih broker yang terbaik dan dapat membantu kejayaan anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *