Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua: Di harap dalam keadaan baik dan sihat bermula malam ni angah akan share ilmu TIPS untuk jadi SCALPER YANG PADU Jadi cuba bukak minda dan fikir dengan baik apa yang angah akan share ni, segalanya yang angah kongsi adalah dari pengalaman angah sendiri dan angah susun STEP terpenting macam mana nak jadi scalper yang baik. Malam ni angah akan masukkan Rules no 1 dulu, lepas baca fikirkan, renungkan dan tanya pada diri betul atau tak apa yang angah katakan selepas tu terpulang pada korang sama ada nak bertindak untuk berubah atau tidak.
PeRkara pertama sekali trader yang trade cara scalping perlu tahu dan perlu lakukan adalah membuat pilihan personaliti / karakter / yang betul dan kekal dengan gaya seorang scalper tampa mengubahnya.!!!
Tapi apa yang berlaku kepada korang sekarang adalah korang cakap korang scalper tapi korang sebenarnya tak bertindak sebagai seorang seorang scalper, sebaliknya korang trade dengan pelbagai gaya trading sekejap scalping sekejap swing sekejap intrday. kalau dah identiti korang pon korang tak kenal dan tak kekal macam mana nak dapat rentak trading yang konsisten.
Seorang scalper yang baik dia harus kekal dengan gaya scalper sepanjang masa semasa menjalankan trading.
Kebanyakan dari korang gagal sebab rules no 1 ni lah. Bila trade tak ada dan tak kenal personaliti diri sendiri jenis trader apa memang akan menyebabkan trading jadi melalut.
Bermula sekarang tekad, kalau nak jadi scalper jadi scalper je, kalau nak swing jadi la swinger, pilih 1 je. Tapi kat sini angah ajar jadi scalper 100% kalau rasa ni bukan diri korang boleh la left sekarang.Dan oleh kerana korang gagal Rules no 1 ni dulu korang tergolong dalam 1 nama golongan trader. Tau apa..? Trader Rojak..!! bila personaliti trader diri jenis trader apa pon tak tau dia mempengaruhi tindakan semasa trading.
Apabila watak pon rojak maka gaya dan cara trading korang pon akan jadi rojak dan itulah kegagalan awal korang.!! tak percaya!!!
nampak.?
Baik sekarang nampak dan dah sedar tak..? Bila kita trade dengan watak yang bercampur campur sekejap jadi scalper sekejap jadi swinger makan dia akan mempengaruhi cara kita semasa trade, sebab tu masa trade jadi bercampur gaya teknik jadi macam yang angah cakap kat gambar atas tu dan penghujungnya korang banyak kali gagal sampai la sekarang ni sampai xjumpa punca, jadi malam ni angah dah bagitau korang apa silapnya
Jadi kesimpulannya RULES NO 1 yang perlu korang follow dan kena buat untuk jadi scalper yang padu adalah
PILIH DAN KEKAL PERSONALITI DIRI BAHAWA KITA ADALAH SEORANG SCALPER YANG TRADE CARA SCALPING DAN BERTINDAK DALAM TRADING HANYA DENGAN CARA SEORANG SCALPER
Lupakan dulu teknik teknik lain dan tak perlu follow yang lain selain scalper. Kekal dulu dengan scalper sampai khatam. bukan angah kata tak boleh belajar cara swinger dan lain lain tapi belum masa lagi. Belajar 1 per 1 nanti bagi mengelakkan korang trade cara ROJAK faham..?!
Angah bagi 1 perumpamaan yang mudah la buat senang korang faham macam ni :
Seorang AHLI TINJU dia akan bertarung di gelangang dengan TEKNIK CARA BERTINJU
Seorang AHLI SILAT MELAYU dia akan bertarung di gelangang dengan TEKNIK PERSILATAN
Seorang AHLI KARATE dia akan bertarung di gelangan dengan TEKNIK PUKULAN KARATE
Seorang AHLI KUNG FU dia akan bertarung di gelangan dengan TEKNIK GAYA KUNG FU
Apa jadi kalau bertarung di gelangang dengan cara sekejap KUNG FU sekejap KARATE sekejap gaya TINJU.? Bertarung cara ROJAK atau macam orang cakap ” gaduh koboi” teknik bercampur campur mesti hasilnya tak akan konsisten dan akhirnya gagal
Macam tu jugak lah kita ni Trader. Jadi pegang cara scalper bertindak cara scalper itulah RULES NO 1 untuk jadi scalper padu
Yang dah faham fikir fikirkan, yang tak faham baca lah sampai faham sebab angah rasa penyampaian angah dah sangat simple.
RULES NO 2 : SCALPER WAJIB KENAL NEWS
Seorang scalper wajib kena kenal News / waktu bila News dan JANGAN TRADE WAKTU NEWS
Antara website / apps yang kebanyakan trader buat rujukan dan perlu Scalper rujuk dan waspada;
- Investing.com
- Forex factory
- Forex calender / myfxbook
Antara website / Apps yang kebanyakan trader gunakan boleh download kat playstore
Apa yang scalper kena tahu tentang NEWS.?
- Scalper dia kena ikuti jadual News dan kena tahu tarikh / masa news nak keluar
- Kena tahu matawang yang terlibat semasa News ( Yang terlibat dengan News kita elakkan dan jangan trade yang tak terlibat tu boleh la trade macam biasa)
- Kekuatan kesan News tersebut kena tau lah kalau News yang lemah & sederhana boleh je kita scalping pair yang tak terlibat TETAPI jika melibatkan News besar seperti NFP/FOMC/RBA/RBZ/BOC dll sebaiknya kita tak payah la trade.
Kenapa tak boleh trade NEWS angah.?
- X nak korang MC
- Masa News ni kebiasannya banyak order flow
- Waktu nak dekat hampir News ni kebiasannya banyak big trader/jerung atau bank yang hedge fund ni tak masuk dan tak buat order.
- Bila kekurang / ketiadaan order dalam market membuatkan Low Liquidity
- Sebab tu masa News berlaku Price bergerak laju sekejap pacak sekejap terjun.
- Pergerakan price yang laju tu berlaku kat kawasan yang kosong(Low Liquidity) Sambil price nak cari order yang available tu sebab berlaku GAB atau SPIKE tu yang kita pangil Market Volatile
3.8K [10:19:02 PM] ZERO TO HERO: Yang terbaik sekali 1 jam sebelum waktu News kita dah stop scalping dan clearkan position .
Sebab apa angah.?
orait, ini yang terjadi tadi kat pair EURUSD tadi
waktu untuk NEWS BOC & FED’S belum lagi sampai, kalau kita tengok, 54 minit lagi baru waktu NEWS
di antara pair yang terlibat dan kebanyakannya pair yang berhubung kait dengan currency USD
Kenapa jadi macam tu.? Waktu News belum sampai tapi market dah bergerak macam tu.
Nak tahu tak sebab apa.?
Sebab dan punca terjadi pergerakan yang besar secara mengejut macam tu masa nak dekat waktu News sebab apa..?? apa sebab.??
SEBAB..
Sebabnya adalah apabila nak berlaku NEWS kebiasannya dalam masa 1 jam Menghampiri nak berlaku NEWS akan BERLAKU MANIPULATION pada MARKET yang di buat oleh BIG TRADER / JERUNG / BANK dll.
tu lah sebab nya.
Belum sampai waktu NEWS tapi market dah macam kena NEWS, tu jadi loss jadi kelam kabut, sebab itu SCALPER KENA ELAKKAN TRADE WAKTU NEWS bukan kata scalper kebiasannya mana mana trader elak News kecuali Trader yang trade NEWS.
Kenal personaliti diri jenis trader apa
Kenal News
Sekarang baru masuk rules no 3
RULES NO 3
PEMILIHAN BROKER/AKAUN UNTUK SCALPING
Setiap broker forex yang ada kat malaysia ni menawarkan pelbagai jenis bentuk akaun trading dan pelbagai jenis rules yang berbeza beza, dan sebagai trader SCALPING kita haruslah membuat pilihan dengan membuka akaun yang bakal memberi kelebihan kepada SCALPER.
Ciri – ciri broker dan jenis akaun bagi seorang scalper ;
1. Bukan broker bermasalah boleh depo dengan mudah dan boleh Wd dengan mudah.
2. Pilih jenis akaun yang mempunyai SPREAD paling kecik, lagi kecik lagi bagus sebab ia memberi kelebihan dari segi jumlahprofit yang bakal terhasil , jika spread adalah besar dia akan menyebabkan:
- FLOAT LOSS yang tinggi lepas entry.
- Senang kena BE kalau spread besar
- Mendapat peluang entry lebih SHARP kat Pucuk & akar (zero/minimun float entry)
3. Laverage yang besar / Laverage yang besar memberikan kelebihan terutama scalper yang suka entry dengan saiz entry lot yang lebih besar dari capital pada akaun dan jika korang seorang scalper yang baik dan selalu mendapat sharp entry di pucuk&akar sememangnya 1 kelebihan untuk membuat peluang profit yang besar dengan lebih pantas.
Pemilihan Jenis akaun sangat – sangat penting bagi seorang scalper trader, jika silap memilih atau membuka akaun yang tidak memberi kelebihan kepada scalper akan menyebabkan
- Entry lambat profit
- Floating agak lama
- Jumlah hasil profit jadi sikit
Akaun trading ibarat sebuah Medium/Alatan untuk kita trade, jadi kena pilih akaun yang betul & tepat
Angah bagi 1 perumpamaan yang mudah untuk bagi korang faham
Seorang Master Chef dia nak masak Nasi Goreng, dekat dapur dia ada 3 PILIHAN alatan
1. KUALI
2. PERIUK
3. CEREK
Jika Master Chef tu nak masak Nasik goreng apa Alatan yang paling tepat untuk dia ambil dan guna.? jawapannya….
tentulah KUALI kan
walaupon ke tiga2 alatan tersebut adalah alatan memasak tapi spesifikasi dan fungsi setiapnya adalah berbeza beza mengikut pengunaan
Macam tu jugak lah nak jadi SCALPER kita kne pilih alatan / jenis akaun yang tepat untuk kita guna buat SCALPING
Habis tu ingat BROKER sediakn pelbagai jenis akaun tu buat apa.? sebab ada la kegunaan, ada kelebihan kekurangan mengikut ciri ciri dan jnis teknik yang diguna pakai oleh individu setiap trader
Angah sendiri scalping kat pelbagai broker untuk trade, setiap broker ada kelebihan dan kekurangan sendiri, tapi pilihan angah mestilah yang SPREAD rendah, itu adalah yang UTAMA
Ramai jugak yang pm angah bagi tau follow signal dapat popit sikit sikit je sebab spread besar ni
antara broker yang ok la untuk scalping ni
ni antara pilihan broker yang ok yang ada jenis akaun sesuai untuk scalping
Tapi jika kita nak bandingkan perbezaan tak lah terlalu ketara dan jarak perbezaan antara sesama broker tak lah terlalu banyak, macam angah bagitau awal tadi ada kelebihan dan kekurangan masing masing
cuma ada follower yang follow signal angah dan selalu share popit diorg kat angah bagitau popit dia lebih kurang sama, kebanyakan tu dari yang guna broker tickmill / gmi
tickmill angah pernah guna tapi angah kurang puas hti bab bila nk msuk/close oder, ad macam lembab skit
gmi angah tak prnah guna tapi angah dah buat pmerhatin dan angah tengokk agak menarik sbb spread dia mmg halus dan mungkin dalam masa terdekat angah akan keluarkan separuh deposit angah dari broker broker yang sedia ada angah guna pindah ke gmi
pemerhatian angah spread halus, tapi angah tak suka tgk normal time
angah suka tengok dan uji SPREAD sesebuah broker masa waktu NEWS
so tadi ada news dan angah perhati time tu dan angah puas hati, waktu NEWS spread dia steady so sangat puas hati lah jawapannya bagi angah
Menepati selera scalper lah sng cite
Ada sesetengah broker yang yang rules dia dah x cantik angah akan wd smua capital dan mngkin beralih ke gmi.. sasaran no 1 octafx:joy: ckp tros terang.. sbb dlu ok skrg mcm dah xmesra sclper sbb spread dia jahat banyak mengelat.hahaa
Mana yang minat nak follow angah scalping kt gmi esk angah cuba contac smula folower yang guna broker gmi tu cuba dapatkan detail skit, nanti angah share kat sini ok
RULES NO 4
JENIS PAIR YANG SCALPER AKAN TRADE
Dalam market semasa terdapat banyak pair dan Antara pilihan pair yang scalper trader akan trade adalah semestinya pair yang mempunyai SPREAD yang kecil.
Seorang scalper yang baik kebiasannya dia akan trade pada MAJOR PAIR :point_down:
kenapa major pair angah..?
Sebabnya
- Major pair ni adalah pair yang paling banyak trader trade seluruh dunia
- Pergerakan price pada major pair adalah lebih jelas
- Kebiasannnya candel yang terbentuk pada major pair adalah lebih solid/cantik
- Pergerakan price pulak kebiasannya lebih respect dekat zone-zone SNR sebab tu jugak kita lebih sedikit mudah nak buat jangkaan untuk melakukan entry
Dan disebabkan tu lah jugak kalau korang perasan Angah lebih banyak trade dekat Major pair , tak caya.? tengok balik signal-signal yang angah share
Scalper trader jugak kena elakkan dari scalping dekat pair yang Spread dia besar atau dekat pair – pair yang banyak bergerak secara Agresif, contohnye:
GBPJPY / GOLD / GBPNZD
pair ni semua agak agresif pergerakkan Price dia lebih laju dan lebih banyak mengelirukan, jadi saranan angah elak elak kan pair yang Agresif
RULES NO 5
WAKTU TERBAIK & PAIR YANG TEPAT UNTUK SCALPER SCALPING
Dalam setiap hari ada beberapa sesi pada Market jadi kena tau lah, kena tahu sesi/ masa yang sesuai untuk scalping, bukan scalping syok sendiri ikut suka hati bila dan pair apa
8pagi – 4ptg
- Waktu ni sesi Tokyo atau Asia
- dalam waktu ni matawang yang paling banyak di perdagangkan adalah matawang YEN JEPUN / currency asia dan kalau korang perhatikan waktu pagi ni pair kebanyakan pair JPY lebih aktif banyak pergerakan
- Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni :
- USDJPY / EURJPY / GBPJPY / AUDJPY dan mana mana pair yang terlibat dengan JPY masa ni yang spread kecik memang terbaik untuk scalping waktu ni:wink:
4ptg – 12mlm
- Waktu ni sesi London
- Dalam waktu ni matawang yang paling aktif dan banyak di perdagangkan adalah matawang EUR & GBP dan pair yang terlibat dengan matawang ni lebih banyak pergerakan pada masa ni
- Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni;
- EURUSD / GBPUSD / EURGBP /EURJPY / EURGBP dan mana mana pair EUR & GBP yang spread kecik bagus scalping waktu ni:wink:
9mlm – 5pg
- Waktu ni sesi New York / US
- Dalam waktu ni matawang USD paling banyak di perdagangkan dan lebih aktif
- Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni ;
- EURUSD / GBPUSD / USDJPY / USDCAD dan mana mana pair USD yang spread kecik bagus untuk scalping time ni
Jadi selepas ni bila angah dah share semua benda ni pastikan lah nak scalping lepas ni gunakan cara / kaedah dan tips yang angah dah ajar ni, tak lah trade suka hati tak kira masa xkira pair apa dan di harap korang boleh scalping secara dengan ada plan yang lebih jelas dan teratur:wink:
Alhamdulillah selesai dah angah SHARE 5 RULES dan cara untuk jadi scalper yang terbaik. Angah dah cuba kongsikan semua yang angah ada pada korang dan angah rasa benda ni tak ramai orang nak share sebenarya, apa yang angah nampak kebanyakan sifu forex lagi suka ajar teknik..teknik…teknikk.
Apa yang angah share adalah atas pengalaman sendiri dan ada ramai jugak yang angah dah ajar 5 RULES SCALPER ni dan rata rata baru tersentak dan terbuka mata dan ramai yang dah berubah.
Ada sikit lagi angah akan share dan ni mngkin agak berat sikit, bab tentang Scalper Trading risk dan Money managment
tapi bukan hari ni,tunggu lah nanti angah free sikit ok
Yang tanya pasal broker spread kecik yang angah share malam tadi tu nanti petang lepas solat jumaat angah cuba share detail dia sikit ok, jadik tak payah la sorg2 nak pm tanya tak larat angah nak balas 1 1
— Saturday, July 13, 2019 —
EMOSI DAN MENTAL
=================
Baik.. ramai trader yang gagal dalam trading, trade pandai tapi gagal betahan lama dalam dunia trading termasuklah anda yang membaca ni. Betul atau tak.?? kenapa jadi macam tu.??
Pertama sekali yang sebenarnya anda tak faham dengan jelas apa tugas seorang trader dan apa tindakan seorang trader. Bila kita belajar tentang forex yang kita selalu di tekankan jaga emosi..jaga emosi.. apa tu.??
Anda kena faham bagaimana cara kerja seorang forex trader. Cara kerja forex trader adalah sangat berbeza dengan bidang bidang lain, sebagai contoh dengan seorang buruh binaan. Seorang buruh binaan memerlukan skil, ilmu dan tenaga banyak untuk bekerja TAPI seorang trader forex lebih banyak mengunakan skil, ilmu dan MENTAL untuk bekerja. Sebab itu di tekankan pada seorang forex trader untuk kuasai MENTAL / EMOSI / ILMU / SKIL, kerana trade forex ni tak gunakan tenaga banyak seperti seorang buruh binaan. Sebab tu trader forex perlu Lebih latihan pada bahagian MENTAL / EMOSI/ FOKUS.
Boleh faham dan dah nampak tak perbezaan cara kerja seorang trader dengan bidang lain.??
Sebab tu trader perlukan latihan yang lebih pada bahagian MENTAL dan EMOSI.
Apabila kita faham dengan jelas konsep dan cara kerja seorang trader baru kita nampk apa persediaan dan keperluan awal sebelum kita ceburkan diri dalam trading forex.
Rata rata tak faham bab basic ni apabila di tanya kenapa join forex kenapa jadi trader jawapannya nak buat profit, nak buat duit TAPI tak faham apa tu asas peranan seorang trader forex.
Apabila anda faham bab ini baru anda akan ada matlamat jelas kenapa aku trade selepastu baru kita pergi ke step seterusnya.
Kenapa trade..?
Macam mana nak trade.?
Apa yang paling awal perlu belajar.?
Apa konsep nak trade.?
Kemudian baru lah masuk fasa jalankan trade.
Modal berapa.?
Berapa kita nak profit.?
Trade nk guna teknik apa.?
Macam mana nk urus entry.?
Sebab tu yang paling awal sekali sebenarnya kita perlu fahamkan apa cara kerja trader sebenarnya dengan kefahaman dan kekuatan MENTAL dalam diri kita.
Trader kerja Lebih dengan kekutan MENTAL/EMOSI tak perlukan tenaga yang banyak atau stamina yang tinggi.
Jadi apa perlu kita buat adalah cuma melatih lebih pada bahagian MENTAL / EMOSI kita, itu saja.
Saya akan kongsikan banyk lagi pada post akan datang, stay tune…
APA DEFINISI KONSISTEN TRADER
=============================
Ramai golongan trader yang melangkah ke dalam dunia trading fx dengan majoriti utama adalah untuk membuat profit secara konsisten dan berjaya dalam trading termasuk anda yang sedang membaca sekarang ini. Betul atau tidak..??
Semua trader mahukan result untuk konsisten dalam trading dan menjadikan trading fx sebagai 1 karier yang membantu mendapatkan pendapatan utama ataupun sampingan.
Akan tetapi ramai trader tidak menemui rentak dan tidak mampu menempuh liku liku dunia trading dan sentiasa melanggar tembok yang sama setiap kali lalukan trading. Di mana silapnya..??
Kebanyakan besar trader memang tidak jumpa akan konsisten dalam trading dan gagal untuk kekal konsisten kerana terlalu asyik mengejar teknik itu ini yang menjanjikan profit tampa loss.
Apabila jumpa 1 teknik baru saja terus membuak perasaan untuk mencuba, mula mula profit tetapi apabila 1 – 2 minggu kehadapan tidak lagi profit. Masa tu emosi dan perasaan mula memberontak dan dengan rajinnya mencari jika ada teknik lain yang lebih baik. Jumpa tak..?? tak jumpa kan, betulkan dulu mindset yang ni yang dalam FX tiada teknik HOLY GRAIL..!!
Pekara dan perbuatan tu bukan anda je buat malah saya pon sama macam tu, tapi dulu. Habistu sekarang..?? Sekarang lain sebab saya da ubah mentaliti saya dan ini yang nak saya ajar dan kongsikan di sini.
Fahamkan dan fikirkan apa yang saya nak ajar dan kongsikan ye sebab rata rata sifu forex ajar tentang Teknik…teknik.. teknik.. Tak ramai mengajar tentang Mentaliti trader, tentang latihan emosi dan jenis minda yang di perlukan seorang trader. Jadi saya tak menekankan tentang Teknik saya mahu bantu didik trader dengan mindset yang betul.
Bagi saya Teknik adalah no 2 dan yang paling utama adalah Mentaliti / Mindset dan Emosi dalam trading. Kenapa..?? Sebab kita sebagai trader kita lakukan trading lebih dengan menggunakan otak/akal/ilmu dan bukan dengan tenaga yang banyak kerana itu lah perlunya kekuatan mental yang lebih. Faham tak..?? mungkin ada yang faham mungkin ada yang masih blur kan. Saya kasi 1 contoh untuk bantu anda faham lebih jelas
Anda ada sebuah kereta, kereta Mewah, Mahal. Katakan kereta Lamborgini. Jika anda ada sebuah kereta lamborgini dan anda memandu kereta tersebut dengan keadaan Tenang nyaman dalam keadaan happy bersama keluarga tentulah pemanduan anda sangat Hebat dan anda akan sampai ke destinasi dengan jayanya tampa ganguan atau masaalah. Betul tak.?? Tentulah, kerana anda memandu dengan tenang dan aman anda selesa dengan pemanduan anda.
Situasi kedua, anda ada lamborgini anda memandu kereta tersebut dengan dalam fikiran berkecamuk, fikirkan sarat dengan hutang keliling pingang dengan keadaan mabuk alkohol lagi. Adakah anda rasa anda Fokus dengan pemanduan anda dan adakah anda akan sampai ke destinasi anda dengan jayanya..?? Rasanya tidak, kalau sampai pon mungkin nasib hanya menyebelahi anda.
Apa yang anda faham tentang cntoh yang saya beri kat atas..? Baik saya terangkan straight to point.
Dalam dunia trading ni, Sehebat mana Teknik anda, Sebesar mana Capital anda jika anda gagal kawal emosi dan mentaliti anda semasa trade anda akan hilang kawalan secara waras terhadap akaun trading anda dan selagi itulah tidak akan berjaya Konsisten..!! Sebab itulah anda jadi kaki depo saja, Loss..loss…loss…Profitnya sekali sekali itu pon profitnya akan loss semula sebab tak WD betul tak..?? Sebab itu saya tekankan pentingnya untuk ubah minda dan Belajar kawal emosi anda dan fahamkan cara trading yang betul sebab bila emosi anda berada pada tahap baik anda akan berada dalam keadaan lebih Sedar dan Waras semasa trade, barulah anda akan dapat KONSISTEN..!!
Berbalik kepada tajuk utama kita saya nak tanya apa erti konsisten dalam trading yang anda faham..??
Pada awalnya rata rata apa trader faham tentang konsisten kebanyakannya adalah profit sentiasa itulah erti konsisten yang mereka fikir awalnya termasuk lah saya. Setiap kali entry wajib profit itu konsisten katanya. Betul tak.? Itu jugak lah yang saya fikirkan awal dulu.MRS. PROFIT
Tapi itu adalah mentaliti yang tidak betul dan jika mentaliti anda seperti itu sebab itu lah anda konsisten loss, bukan konsisten profit. Ini yang perlu anda ubah dan ini jugak lah yang saya mula ubah dan kemudian merubah style trading saya dari konsisten loss kepada konsisten profit.
Apa dia konsisten trader..?? Ini adalah pendapat saya dan apa yang saya dah buat dalam suasana trading saya. Apa erti konsisten bagi saya.
Secara mudahnya dan bahasa simple nya adalah. Kita trade kita entry setiap hari dan keputusan trading kita adalah PROFIT melebihi LOSS..!!
Contoh dalam seminggu kita trade dengan total entry sebanyak 50 entry. 30 entry profit dan 20 loss.. Anda untung atau rugi..?? untung kan..
Pekara ini kita perlu ulang saja dalam trading harian kita, setiap hari trade kena pastikan entry profit mesti lebih dari entry loss. Jika result harian sebegini maka result 1 minggu anda adalah sama PROFIT lebih dari loss tidak kira sama ada profit tersebut banyak atau sikit yang penting entry yang PROFIT kena lebih dari yang LOSS.
Dapat banyak atau sikit itu sedikit sebanyak bergantung kepada keadaan market dan Rezeki. Apa yang penting adalah pastikan Jumlah entry yang Profit lebih dari Loss dan ulang setiap kali trade.
Bagi saya ini adalah pemikiran dan mentaliti yang perlu untuk konsisten trader yang perlu anda fahamai, pelajari dan gunakan untuk dapat title KONSISTEN TRADER.
Kena ingat trade forex adalah seperti MARATHON. Kita mahukan dengan akaun trading ada, kita mampu buat profit yang berterusan dan mampu dinikmati setiap hari setiap minggu dan seberapa lama yang boleh.
Bukan trade seperti SPRINT hari ini trade esok nak dapat profit besar dan jadi jutawan Tak akan kemana.
Trader yang kekal berjaya dalam bidang ini dan mampu bertahan lama adalah trader yang ada Kefahaman, Mentaliti dan mindset yang betul dalam trading bukan trader yang ada Teknik Power.
Belum ada lagi trader berjaya kerana Teknik Hebatnya, jika ada tentu ramai trader lain dah berjaya hanya copy paste guna teknik tersebut.
Dan di situ adalah silapnya anda dan saya dahulu. Sebab itulah sekarang saya lebih suka ajar dan kongsikan tentang Mindset, Emosi seorang trader. Apabila Emosi anda baik, mindset anda jelas tentang trading anda mampu mengawal Akaun trading anda dengan Waras dan Cemerlang.
Banyak lagi akan saya kongsikan akan datang, stay tune…
CARA BUKA AKAUN SPREAD KECIK:bangbang::bangbang:
Nak bukak akaun Scalping Spread halus boleh masuk sini untuk tau info lanjut:point_down:
https://t.me/joinchat/AAAAAEgDydNPYNfYDgCIFw
https://t.me/joinchat/AAAAAEgDydNPYNfYDgCIFwMR. AnGah
PENGURUSAN KEWANGAN
ni yang trader cakap MM.. MM.
- MM tu bahasa omputeh MONEY MANAGMENT
- Bahasa melayu dia pengurusan keewangan la ni kalau angah tulis tajuk pengurusan kewangan nanti ada yang tak faham pulak sebab dah jadi kebiasaan rata rata trader sebut MM, jaga MM, kawal MM.
Apa pentingnya MM ni angah.?
Memang Sangat sangat penting la MM ni, kalau tak penting takde la korang selalu di persalahkan.
masa bila pulak kami di persalahkan angah.?
lupa..? masa bila lagi, masa time korang follow signal orang lain la, tak kira la masa follow group signal berbayar ke, masa follow signal yang kawan kawan dalam group lain share ke.
Bila signal yang korang follow tu menyebabkan korang loss teruk atau MC, korang selalu refer tanya balik kt org yang bagi signal tu kan
kenapa loss teruk ni.? kenapa akaun saya jadi MC..?
apa jawapan biasa dapat.?
kau la salah,signal ok dah tadi, kau la tak jaga mm ni, sebab tu kau MC, akaun aku ok je. lain kali jaga la mm
Jadi secara am nya faham lah pengurusan keewangan sangat penting
walaupun dah tahu dah selalu dengar dan selalu baca tapi bab pengurusan keewangan ni lah yang korang suka langgar dan tak suka ikut.
Sama ada korang degil tak nak ikut sama ada korang lupa / terleka atau korang memang tak reti/faham atau tak belajar cara pengurusan keewangan yang betul
Apa implikasi kalau tak reti pengurusan keewangan ni angah.?
Implikasi / kesan dia jika korang tak tahu pengurusan keewangan di ibaratkan seperti
SUDAH LOSS AWAL SEBELUM ENTRY
Trading forex ni kan perniagaan, dalam apa apa jua perniagaan pengurusan keewangan kan penting.
Dalam perniagaan kalau tak pandai urus cash flow , tak pandai nk kira risiko kerugian, tak pandai kira keuntungan, tak pandai kiraan untuk roling modal itu yang bisnes hancur, itu yang jadi bangkrup bisnes tu.
Sama dalam forex trading kalau tak pandai buat kiraan semua tu jadi la MC akaun trading tu. selagi tak pandai tak belajar selagi tulah korang akan MC.
Dalam trading forex ni terdapat beberapa cara untuk membuat kiraan MM, setiap pengiraan adalah berbeza beza mengikut beberapa faktor dan mengikut strategi trading individu.
Apa faktor dia angah.?
- jumlah equity
- saiz laverage
- jumlah margin
contoh ;
Abu depo 100usd dalam akaun trading, laverage 1:500
Ali depo 100usd dalam akaun trading, tapi laverange acc ali 1:3000
Beza tak cara pengiraan MM antara mereka nanti.?
Abu depo 100usd dalam akaun trading, cntoh margin dapat 1000
Ali depo 100usd dalam akaun trading, cntoh mrgin dapat 1000 tapi broker ad bagi promosi bonus tambahan 100% pulak terma/syarat bonus 100% yg broker bagi tu suport margin. jadi margin ali 1000 + 1000(bonus) = total mrgin ali jadi 2000
Beza tak cara pengiraan MM antara mereka nanti.?
Cara nak kira tu cara sama je tapi nilai hasil pengiraan MM bakal berbeza
Cara pengiraan MM ni jugak sedikit berbeza mengikut strategi trading setiap individu trader
Kebiasannya swing trader mengunakan 2-5% risk modal yang ada untuk lakukan entry dan pulangan adalah lebih tinggi kerana mereka hold position agak lama dan target dapatan kutipan pips yang lebih tinggi anggaran 20-30pips 30-50pips per entry untuk mendapat profit yang maksimum bagi swinger.
Bagi Scalper Trader adalah sedikit berbeza, scalper lebih kepada mengejar target dapatan bilangan pergerakan per pips lebih rendah anggaran 5-10pips / 5-15pips ataupun yang angah pernah dengan ASAL BIRU CLOSE. jadi dengan mencari profit dari pergerakan pips yg kecil Scalper trader kebiasannya lebih cenderung meletakkan risk yang sedikit lebih tinggi bagi memaksimumkan hasil profit.
Agak rumit jugak nak jelaskn bab MM ni secara detail dan tepat, tapi kat sini angah cuma nak share cara nak buat kiraan MM yang SIMPLE dan boleh membantu korang dengan hasil yang baik dan pantas.
Tapi sekarang dah lebih mudah dan sebenarnya banyak membantu trader dan sepatutnya menjadikan trader baru sekarang ni lebih pantas untuk berjaya berikutan banyak kemudahan yang tersedia sekarang. Trader lama dulu nak kira MM siap kira kat kertas dengan kalkulator lagi kt sebelah.
Zaman dah berubah dan bertambah maju, DAH ADA CARA SENANG BUAT APA GUNA CARA SUSAH
betul tak.?
Angah cuba bantu tunjukkan cara simple biar senang & cepat korang faham & boleh follow dengan pantas
Mungkin ada yang dah tahu & mungkin ada yang baru tau pagi ni
Dalam ni dah siap siap dia sediakn calculator
Tinggal buka & guna je
A : kat situ isi jumlah modal korang / Baki modal / equity
B: kat situ isi berapa jumlah % risk (risiko) yang korang nak letak. ( bab risk ni angah akan terangkan lebih detail sikit kat bawah)
C :Kat sini letak jumlah berapa pips SL yang nak letak / biasa guna / untuk signal angah biasa 20-25pips ( yang ni nak bagitau sikit angah tak letak fix SL bila angah scalping dan angah lebih biasa guna kaedah cutloss, SL yang angah letak 20-25pip adalah sebagai kslamatan jika price tiba tiba buat gila gerak laju, ataupn msa trade angah takut terleka kalau kalau ad news yang angah tak perasan jadi ad la kslamatan akaun takde la MC buta buta je, akn tetapi untuk guna kaedah cutloss memerlukn pembelajaran dn bergantung teknik analisa yang diguna pakai seorang trader.
D :kat sini akan di paparkan berapa jumlah saiz lot untuk korang guna masa entry nanti
contoh macam gambar yang kat atas tu:point_up_2:
modal usd 100
risk. 10% dari modal
SL. 20pips
result dia :jumlah saiz lot entry yang korang boleh guna adalah 0.08 je
ada 1 lagi kolum kalau korang perasan angah terlepas tanda kolum tu
Amount At Risk :point_up_2: dia tulis 20usd kan..?
maksud dia jika saiz lot entry korang adalah 0.08 tu jika entry korang hit SL nilai 20pips tu, maka korang akan LOSS USD20.
jika setup/entry pertama korang tidak bernasib baik korang cuma loss 20usd je, masih ada baki 80usd dan masih boleh trade 4 kali lagi sebelum akaun korang total loss.
Senang kan dia dah calculate semua untuk memudahkn trader baru, jadi sebelum entry kita dah tau siap siap berapa nilai risiko yang bakal kita tangung nanti
Dekat bahagian B (risk) atas tu:point_up_2:angah ada bagitau nak terangkan sikit kan.
bab Risk ni terledak atas gaya trading individu trader punya pilihan,contoh kita boleh bagi kepada 3 bahagian
- LOW RISK – 10%
- MEDIUM RISK – 20%
- HIGH RISK – 30%
Dan macam angah cakap awal tadi scalper trader ni biasanya akan letak risk lebih tinggi sikit sebab nak buat profit lebih tinggi di sebabkn scalper jenis trader yang xkejar banyak pips, jadi kebiasannya nak gain profit lebih Scalper meletakkan risk tinggi sikit, HIGH RISK HIGH RETURN tapi jangan lupa dengan meletakkan nilai risiko yang tinggi maka risiko untuk akaun MC adalah lebih tinggi & lebih cepat.
kalau risk 10% entry lot korang akan jadi 0.08
kalau korang guna medium risk 20% mngkin max saiz entry lot korang akan jadi lebih besar contoh mungkin 0.10
kalau korang guna high risk 30% mungkin max saiz lot korang akan jadi lebih besar mungkin 0.20
Selepas dah buat kiraan MM guna kalkulator tu, bila dah pilih nilai risk yang korang nak pilih dan apabila dah dapat berapa jumlah max saiz lot entry korang, contoh max saiz lot korang adalah 0.10
Bila nak follow signal angah tu dan kalau korang jenis kaki layer, bukan lah setiap 1 layer lot 0.10, itu salah.. 0.10 tu adalah jumlah keseluruhan ataupun jenis korang nak single entry, kalau single entry guna la 0.10 tu, tapi bila dah tau diri tu kaki layer jadi pecahkan la 0.10 tu pada 5 bahagian ke atau 10 bahagian ke. Lagi 1 tabiat dah tau nak layer layer jangan lah layer 1 tempat, layer pulak rapat rapat, baik xpayah layer. smart la sikit layer jarak jarak la, yang dah ada basic SNR boleh gunakan point snr tu untuk layer. ( layer – melayer ni ad 1 BAB pembelajaran dia) nanti angah ajar next
kalau pecah pada 5 bahagian makan 0.10 tu jadi la 0.02 x 5. bila nak layer tu guna 0.02 boleh layer 5 kali je, faham
kalau pecah 10 jadik la 0.01 x 10.. bila nak layer boleh entry 0.01 10x layer. faham
macam tu la cara SIMPLE nak kira MM:point_up_2: macam tu lah nak tau berapa max total saiz lot untuk kita entry, dan kalau nak layer nak kena pecahkan macam mana baru boleh nak layer layer ni
5.7K [7:13:32 AM] ZERO TO HERO: cukup sampai sini angah terangkan, sebenarnya ada bab ni yang angah nak ajar dalam kelas, BAB RISK SCALPER & MM cuma nota dia tak siap lagi tu yang angah tak boleh ajar lagi
— Tuesday, July 16, 2019 —
Tapi di sebabkan angah tengok cara korang follow signal angah dengan cara mem :pig: buta, MM berterabur angah jadi risau takut korang loss dan MC lagi, dah la baru start semangat nak belajar nak berubah jadi scalper padu sampai ada yang sangup depo baru lagi, tapi kalau loss lagi kali ni di sebab kan MM janganlah terus jadi down, kalau down jugak bawak lah muasabah diri dan sedar lah bahawa diri sendiri yang silap tak apa, ni tak kita pulak yang di persalahkan di maki maki nye jugak.
Oleh sebab tu takpe lah angah korbankan sikit masa cuba ajarkan bab MM ni walaupn secara ringkas. Alhamdulillah hidup angah sedikit selesa dan tak salah angah berletih sikit menulis, mengajar dan berkongsi ilmu bermanfaat untuk semua
Saya nk tengok Hari ni saja boleh x saya nk Minta tolong sekejap for your time and consideration for this useful post by on the way to get a chance same time