Tutorial forex


TRADING PLATFORM

1- Apa itu trading platform?

  • Trading platform adalah Dimana transaksi jual dan beli berlaku di dalam application .
  • Opening position, closed position, and managing markets position

2- Apa platform yang kebiasaan trader Forex gunakan?

  • Terdapat banyak platform yang disediakan didalam dunia e-dagang(Trading)
  • Antaranya , Metatrader4 (MT4) Binary option, investopedia, TD ameritrade, tradingview dan pelbagai lagi
  • Jadi Platform yang zick gunakan adalah METATRADER4 (MT4)

3- Kenapa Zick memilih Metatrader4 ?

  • Friendly user
  • Easy access
  • Boleh install di semua devices
  • Easy to analysis chart


Nak consisten $100 us dollar sehari ? ?

Ni zick cerita berdasarkan reality dalam trading
Kalau sehari nak profit $100 usd, bermaksud hari hari korang akan trade. hari hari ada setup and tak semua setup tu kita akan swing.

Ada masanya kita akan scalping, ada masanya kita swing, ada masanya kita intraday.
Cara Zick manage account ni senang je. Zick akan buat kira kira sebelum Zick nak entry.

3 benda penting yang korang kena pandai susun sebelum nak entry

• Balance account trading
• Jumlah berani Rugi
• Lot size


Modal $100 usd

Kalau capital korang $100 usd , tapi nak buat 100usd profit sehari . possible ke ? Bagi Zick possible je, cumanya korang akan guna konsep HIGH RISK.

1) Lot size 0.20 target PIPS yang korang kena dapatkan 50pips = 100usd
2) Lot size 0.10 target PIPS yang korang kena dapatkan 100pips = 100usd

dan risiko untuk loss tu sangatlah tinggi, kalau reserve dalam bank korang banyak, takda masalah untuk buat style macam ni


Modal $500 usd

Concept untuk capital $500 usd adalah MEDIUM RISK . if korang target $100 usd sehari, korang akan korbankan 20% daripada capital

sebagai contoh
20% daripada 500usd adalah 100 usd, jadi jumlah korang berani rugi ialah 100usd , then korang akan ada balance 400usd lagi untuk trade . Jadi korang tidak akan MC ??


Modal $1000 usd

Untuk dapatkan 100usd dengan bermodalkan $1000usd adalah LOW RISK

Korang hanya perlu target 10% je sehari untuk dapatkan 100usd tu, bagi Zick tak mustahil sebab Zick dah lalui
Bila semakin besar account trading korang, semakin Low Risk lah untuk dapatkan amount yang korang target l

Ni Zick bagitahu base on Experience Zick, modal kecik memang pening kepala, tapi korang kena berpijak di bumi yang nyata, kalau itu je duit yang korang ada. Target la kecik kecik dulu

Bidang ni bukan tempat berjudi untuk mengubah nasib, Cara ubah nasib korang adalah dengan betulkan mindset dan terus usaha untuk tambah ilmu trading ?

Rahsia di sebalik engulfing

  • Ramai orang dah tahu apa itu engulfing tapi masih ramai yang tk tahu cara nak apply di dalam market
  • Bagi zick cara paling simple adalah tunggu pattern candle ni keluar di zone zone SnR or SnD di timeframe h1 ataupun h4
  • Precise hingga ke timeframe m15 ataupun m5 sehingga nampak breakout di dalam harga candle
  • Untuk strongkan lagi confirmation valid engulfing adalah dgn menunggu candlestick pattern ni muncul di m15 ataupun di m5 sebelum entry

Kenapa wajib set BREAKEVEN ?

Ramai trader sekarang ni kalau profit malas nak letak breakeven sedangkan breakeven ni lah penyelamat account trading korang daripada loss..

Zick pernah bertanya dgn seorang trader ni yg kaki withdraw, hanya 5% sahaja trader yang berdisplin di dalam trading ni. Yang selebihnya keep dgn rugi disebabkan emosi (tamak and nak untung besar)

Bagi zick, walaupun BE ni nampak mudah, tapi perkara mudah ni la orang buat endah. Sebab tu zick akan selalu pesan untuk korang set breakeven bila dah profit, even pro trader yang korang kenal pun pernah kena lipat. Apetah lagi yg baru nak berjinak

  • Bila price running profit 10-15pips
  • Korang modify stop loss ke price entry
  • Bila hit BE, jangan terus entry lagi, tunggu dulu confirmation baru di lowest timeframe

contoh

Simple Reason Zick bagi buy Gold :

1) Breakout resistance di H1
2) RBS ( bila resistance dah break, zone resistance tu automatik jadi support)

So bila resistance become support, zone yang kita nak sell tadi automatik jadi buy zone. Memang terus FLYY ler 100pips ?


LOW RISK MM

So guys, korang boleh refer table di atas untuk trader yang baru dalam bidang ni. Topic ni sangat penting tau sebenarnya supaya boleh terlatih untuk jadi trader yang berdisplin dan konsisten profit ✊


MEDIUM RISK MM

Semalam zick ada share low risk money managementnya table. Kali ni untuk medium risk

korang boleh refer table di atas, khas untuk trader yang yang dah mahir basic trading. Bagi zick medium risk ni pun antara cara paling safe untuk korang buat profit

Passion in forex trading ?

Bagi zick, Minat adalah number one bila korang nak jump ke bidang trading ni, kalau takda minat, korang akan buat kerja tu separuh jalan and tak bersungguh untuk growthkan diri korang

Its all about mindset and emotion . Make sure korang letak BIG WHY kenapa nak stay dalam bidang ni. Kalau nak jadi jutawan segera, sorry bruhh bukan ni jalannya

Jom share experience korang dalam trading dkt link di bawah.. Zick pun nak kenal kenal juga dengan trader yang ada dalam channel zick ?

HIGH RISK MM

Last week zick dah bagi low and medium risk punya table untuk korang follow. But yg ni adalah high risk money management

Jadi untuk high risk ni, zick hanya syorkan kepada trader trader yang dah mahir technical analysis and tahu apa nak buat kalau price dalam zone


JENIS JENIS TREND DI DALAM MARKET

1) UPTREND

Pergerakan harga menaik mengikut kekuatan sesebuah pair. sebagai contoh GBPUSD.
sekiranya usd melemah dan gbp mengukuh
Pergerakan chart akan uptrend (Focus on buy)

2) DOWNTREND

Pergerakan harga menurun mengikut kekuatan sesebuah pair. sebagai contoh GBPJPY.
Sekiranya jpy mengukuh dan gbp melemah, Pergerakan chart akan downtrend (Focus on sell)

3) SIDEWAYS

Dimana berlakunya pergerakan sekata, bermaksud belum ada big decision daripada kedua dua buah negara. Sideways juga adalah kawasan favourite bagi para technical analysis


SUPPORT AND RESISTANCE

SnR adalah indicator di dalam naked chart yang diguna pakai untuk analisa pergerakan harga di dalam market. Untuk identify SnR korang kena banyak mendalami ilmu Market Structure

Support (buy)

Support terjadi di kawasan bermulanya harga melakukan kenaikan sebelum membuat retracement dan menyambung semula kenaikan. Kebiasaanya zone zone support ni akan berada di kawasan LOW

Resistance (sell)

Resistance pulak terjadi di kawasan bermulanya harga melakukan penurunan sebelum membuat correction dan menyambung semula menurun, Kebiasaannya zone zone resistance akan berada di kawasan HIGH

P/S : Sekiranya kawasan itu mempunyai 2 rejection sama ada menaik atau menurun, ianya boleh dikatakan sebagai zone SnR. Tapi bergantung dgn kekuatan timeframe yg diguna pakai


RESISTANCE BECOME SUPPORT (BUY)

RBS atau dikenali sebagai breakout zone adalah satu technique yg paling powerfull bagi zick

Untuk identify breakout zone ni, zick akan lihat 2-3 kali rejection di resistance area sebelum harga menembus resistance.

Sekiranya harga telah menembus resistance zick akan tunggu price untuk melakukan pullback/retest sebelum zick entry di kawasan resistance itu tadi.

But korang jangan tersalah entry. Kalau price menembus resistance, zone resistance tadi akan bertukar menjadi zone support kerana ianya menampakan kekuatan buyer pada sesebuah pair. Jadi korang kena buat apa ? Waiting for buy


SUPPORT BECOME RESISTANCE (SELL)

SBR atau dikenali sebagai breakout zone adalah satu technique yg paling powerfull bagi zick

Untuk identify breakout zone ni, zick akan lihat 2-3 kali rejection di support area sebelum harga menembus support area.

Sekiranya harga telah menembus support, zick akan tunggu price untuk melakukan pullback/retest sebelum zick entry di kawasan support become resistance itu tadi.

But korang jangan tersalah entry. Kalau price menembus support, zone support tadi akan bertukar menjadi zone resistance kerana ianya menampakan kekuatan seller pada sesebuah pair. Jadi korang kena buat apa ? Waiting for sell


Selamat pagi semua ??

Ni zick nak share sikit kesilapan trader yang selalu dia orang lakukan semasa trading

Takut untuk cutloss

• Ramai trader yang still hold position sedangkan setup tu dah tak valid and no reason untuk hold. Masa ni la dia orang akan guna technique harapan

Tidak buat pengiraan Support margin

• Pernah dengar ‘’selagi boleh tekan kita tekan’’ ayat ni mmg best di dengar, tapi perit untuk diterima sekiranya tidak menjadi.
So sebelum nak entry tu, kira dulu

(Lot size – Zone pips) = Amount Willing To Risk
(AWTR – balance) = Profit/loss

Tak tahu kat mana nak EXIT

• Exit ni terbahagi kepada 2
1) Semasa floating merah and korang add layer, exit first entry iaitu close first entry yang awal tadi and hold with breakeven

2) Sekiranya floating profit tu dah reach daily target tapi belum hit TP, jalan selamatnya ialah korang close je half, dan set breakeven. Bukannya korang pergi tambah lagi entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *