Apakah Pivot Point(PP)?
PP merupakan zon-zon yang selalunya memberi kesan pada market. Zon-zon untuk PP ini dikenal pasti dengan kiraan menggunakan harga pasaran semalam.
“Value” atau nilai-nilai yang digunakan ialah ialah high, low dan close. Contoh untuk mengira PP untuk hari ini, kita gunakan high, low dan close candlestick daily untuk semalam. Kalau hendak kira untuk hari Isnin, kita guna candlestick hari Jumaat. Dengan kiraan ini, kita dapat mengenal pasti beberapa zon support dan resistance.
Setiap hari pasaran akan mempunyai nilai high, low dan close tersendiri. Oleh kerana forex ini 24jam, kita menggunakan 5PM EST sebagai open dan close. Banyak traders yang menggunakan zone PP, untuk mencari peluang untuk trade. Kita juga boleh melihat bagaimana zone ini memberi kesan kepada pasaran.
Apa yang selalu diperhatikan gunakan PP?
Jika harga open hari ini diatas level pivot point, keadaan ini mengalakkan traders untuk long, selagi harga pasaran berada diatas level pivot point, Kalau harga pasaran open hari ini dibawah level pivot point, keadaan ini mengalakkan traders untuk short, selagi harga pasaran berada dibawah level pp.
3 titik point atau level/zone yang penting dalam cara ini ialah, R1, S1 dan PP sendiri. Secara amnya, trading menggunakan kiraan PP, traders selalu memerhati R1 dan S1, iaitu melihat pasaran patah balik atau tembus(break) dari zone resistance/support ini. Selalunya apabila pasaran sampai ke zone R2, R3 atau S2, S3, ia mungkin telah “overbought” atau “oversold”, jadi zone2 R2/R3 atau S2/S3 selalunya digunakan untuk exit sesuatu trade.