Dari Group CTfx Market Discussion

11/8/2018
Leo Chak
How to avoid volatility stop out? I facing this problem all the time.

In your system, how do you determine your stop level?

There are several methods:

1. Turning point or low high level stop
2. Shakeout stop: previous stop tested and there is a fakey
3. Indicator stop: usage of indicator such as moving average, bb as your stop level
4. Mid air stop: stop loss away from significance level by certain %

iG_Helmi Izani

admin

plan dlu syakir..
jgn buat keje seram..

Teknik adalah penting dalam dagangan. Ia adalah peraturan-peraturan yang kita ikut dalam dagangan.

Masalahnya apabila teknik hanya menumpukan kepada kaedah entri.

Kebanyakan masa yang diluangkan apabila melihat carta bukannya entri.

Sebaliknya, kebanyakan masa apabila seorang pedagang melihat carta adalah memantau entri yang sedang berjalan dalam pasaran.

Yang peliknya, kenapa tumpuan teknik hanya kepada entri, bukannya kepada exit?

Simple entry, complex exits.

Lihat penggunaan analisa teknikal sebagai kaedah pengurusan.

Langkah 1
Mulakan daripada mengenali sifat jenis pasaran. Adakah trending, ranging? Adakah harga bergerak senyap, normal, volatile?

Langkah 2
Julat (Range) pergerakan harga. Di manakah sesuatu pergerakan bermula dan di manakah ia dijangka berakhir? Inilah kawasan di mana anda meletakkan initial stop dan initial limit entri anda.

Langkah 3
Kualiti peluang entri. Adakah harga kini berada di kawasan risk/reward yang baik untuk meletakkan entri sekiranya setup berlaku?

Langkah 4
Penggunaan multi-time frame untuk setup dan entri. Perubahan jenis pasaran sebagai peluang setup dagangan di time frame utama, dan teknik entri di time frame lebih kecil.

Langkah 5
Pengurusan dagangan selepas meletakkan entri. Inilah penekanan utama teknik, di mana anda mengenalpasti:
a. Apa yang dimaksudkan dengan reversal?
b. Apa yang dilakukan sekiranya pasaran bergerak mengikut arah dagangan?
c. Apa yang dilakukan sekiranya pasaran bergerak menentang arah dagangan?
d. Apa definisi had masa untuk memegang sesuatu posisi dagangan? Elakkan mengubah sifat entri sekiranya pasaran bergerak menentang arah. Jangan Scalp jadi swing, news jadi position bila entri silap.
e. Apa yang dilakukan apabila ada risk event?
f. Bila anda perlu berbuat sesuatu, dan bila anda membiarkan posisi tanpa diganggu.

Langkah 6
Rekodkan pelan dagangan anda dengan meletakkan jenis pasaran, sebab di sebalik pemilihan pasangan Matawang dagangan, kaedah pengurusan dan keyakinan kepada entri.

Langkah 7
Rekodkan keputusan dagangan dan apa yang berlaku menyebabkan keputusan berkenaan. Ambik peluang memahami diri, Pasaran dan strategi daripada setiap posisi.

Inilah penekanan dalam analisa teknikal. Bukan hanya fikir nak beli, jual dalam pasaran.

Buat perkara jelas dalam dagangan.

Secara lazimnya, seorang pedagang bukannya tidak tahu kaedah memasuki pasaran.

Masalah utama pedagang adalah tidak mempunyai teknik menyeluruh mengenai kaedah keluar daripada pasaran.

Teknik yang dibina dalam satu sistem dagangan lengkap membantu pedagang mengawal emosi, dengan penekanan kepada mengikuti proses dagangan secara objektif tanpa bimbang kepada entri.

Belajar mempercayai diri, yakin kepada sistem dan disiplin mengikuti peraturan-peraturan dagangan.

#jaditrader
#educationmatters

zulle razak CTfxadmin

Trading nie takde kalau..

Bila ada position:
Naik, ini kita buat.
Turun, ini kita buat.

Pastikan ada SOP selepas entri.. Bukan hanya tahu entri.

Kalau takat entri, kucing jalan atas keyboard kita pun boleh entri.

Most of the time, kita tengok chart tu bukan entri. Kita nak manage.. Bila nak manage? Bila nak biar?

Tu yang kena ada… Helmi dah forward kan.. Baca ye..

Bila ada SOP mengenai pengurusan entri, dan position sizing model, kita tak bimbang pasal entri.

Salah, ada limit kepada loss. Betul, ada kaedah exit dan maximize profit.

 

 zulle razak CTfxadmin

Untuk dijadikan satu sistem, kaedah pengurusan entri, kaedah entri hendaklah mempunyai peraturan yang sama.

Jadi, kita boleh memahami keberkesanan kaedah entri dan pengurusan.

Kita juga boleh mengukur dan menilai impak sekiranya kita menukar sebarang peraturan dalam sistem.

Bukannya sekali entri macam nie, sekali lagi macam nie.

Dengan menggunakan peraturan yang sama, kita boleh mengukur jangkaan kepada sistem. Expectancy system.

Menerusi expectancy, ini membolehkan anda membina Position sizing model.

Inilah yang dimaksudkan dengan sistem dagangan. Bukan hanya melihat kepada entri, sebaliknya mengikut peraturan2 dalam satu sistem dagangan lengkap.

Masalah ramai pedagang adalah cuba nak trade market. Menggunakan “kemahiran”. Rasa-rasa naik, rasa-rasa turun.

Ini mendedahkan pedagang kepada emosi.

Masa jadi, kita tak nampak perkara nie.

Bila time tak jadi, inilah masanya kita akan dinilai sama ada kita pedagang yang bagus atau melakukan kesilapan.

Ramai pedagang bukan tak tahu nak entri. Masalahnya, ramai pedagang tidak tahu mengurus.

Inilah masanya emosi akan memusnahkan akaun dagangan.

Bina sistem, ikut sistem. Jangan setia2 kepada teknik. Pantau prestasi sistem berdasarkan teknik.

Bukan teknik yang salah. Teknik adalah disiplin untuk Berdagang. Masalahnya, teknik adalah rigid, sedangkan pasaran adalah dinamik.

Jadi, pantau prestasi sistem berdasarkan teknik.

Apabila pergerakan pasaran atau prestasi teknik tidak mempunyai expectancy positif, berhenti gunakan teknik berkenaan.

Lihat balik kenapa prestasi menurun. Adakah:
1. Kesilapan tidak mengikut disiplin
2. Jenis pasaran tidak sesuai dengan teknik

Bina 2-3 sistem dagangan menggunakan teknik berbeza.

Pantau prestasi setiap sistem dan agihkan dana dagangan serta model position sizing berdasarkan expectancy sistem.

 

zulle razak CTfxadmin

Berharap sangat agar ada perubahan cara berfikir..

Trading adalah satu bisnes..

Apabila kita melihat kepada sekuriti yang kita laburkan, terdapat 3 jenis:

1. Asas: Pendapatan pasif selamat dengan kadar pulangan rendah: simpanan tunai, fixed deposits adalah antara contoh

2. Risiko sederhana: hartanah, sekuriti seperti saham kaunter utama, REITS, ETF adalah antara contoh

3. Risiko tinggi: spot Currency, penny stocks, Options, futures adalah antara contoh

Pembinaan Portfolio pelaburan adalah bagaimana anda menyeimbangkan pelaburan dalam Sekuriti-sekuriti berbeza dengan kadar pulangan bersesuaian dengan objektif pelaburan.

Mungkin masa ini ramai yang berjinak dengan spot Currency.

Tak salah, kita bermula daripada sekuriti dengan risiko yang tinggi.

Tapi hadkan jumlah pelaburan yang anda tetapkan.

Bina satu sistem dagangan untuk Berdagang dalam currency. Model yang sama mungkin boleh digunapakai across sekuriti seperti saham dan lain-lain.

Itu boleh dibuat kemudian.

Persoalannya, kenapa anda Berdagang?

1. Pendapatan sampingan
2. Pembinaan Portfolio persaraan
3. Kebebasan kewangan
4. Pembelian aset seperti rumah, tanah dan sebagainya

Fahami dulu objektif mengapa anda Berdagang.

Selepas itu, lihat faktor toleransi risiko anda. Ia berkaitan dengan objektif, berkaitan dengan apa yang anda nak.

Semakin tinggi peratusan pulangan dengan tempoh pulangan singkat, semakin tinggi risiko yang kita ambik.

Nilaikan apa yang kita nak, apa modal pelaburan yang kita tetapkan dahulu.

Lihat kadar pulangan yang masuk akal. Yang dapat diperoleh, yang kalau anda cerita pada diri sendiri pun anda boleh percaya.

Tak perlu buat benda yang mengarut, yang kalau orang lain cerita kepada kita pun kita susah nak percaya.

Semua ini kepada diri.

Balik kepada dagangan, kita Berdagang dalam sekuriti yang tinggi risiko. Dalam pasaran yang volatile.

Aspek pengurusan risiko adalah aspek paling penting dalam Berdagang spot Currency.

Jangan disebabkan satu posisi dalam pasaran, kita hilang kesemua wang pelaburan. Fikir jangka panjang.

Apa makna wang yang anda Deposit kan untuk Berdagang kepada anda?

Adakah ia:
1. Wang simpanan, yang kalau tak de pun tak apa
2. Wang pelaburan, sebahagian daripada dana pelaburan.
3. Wang keperluan, yang anda perlukan untuk mengekalkan gaya hidup semasa.

Kaedah anda Berdagang akan banyak dipengaruhi oleh makna duit modal yang anda gunakan.

Topik ini adalah antara silibus yang saya akan masukkan dalam siri Webinar akan datang.

Nilaikan objektif anda, jangka masa mencapai objektif, modal serta makna wang modal berkenaan kepada anda..

zulle razak CTfxadmin

 

zulle razak CTfxadmin

Teknik adalah penting dalam dagangan. Ia adalah peraturan-peraturan yang kita ikut dalam dagangan.
Masalahnya apabila teknik hanya menumpukan kepada kaedah entri.
Kebanyakan masa yang diluangkan apabila melihat carta bukannya entri.
Sebaliknya, kebanyakan masa apabila seorang pedagang melihat carta adalah memantau entri yang sedang berjalan dalam pasaran.
Yang peliknya, kenapa tumpuan teknik hanya kepada entri, bukannya kepada exit?
Simple entry, complex exits.
Lihat penggunaan analisa teknikal sebagai kaedah pengurusan.
Langkah 1
Mulakan daripada mengenali sifat jenis pasaran. Adakah trending, ranging? Adakah harga bergerak senyap, normal, volatile?
Langkah 2
Julat (Range) pergerakan harga. Di manakah sesuatu pergerakan bermula dan di manakah ia dijangka berakhir? Inilah kawasan di mana anda meletakkan initial stop dan initial limit entri anda.
Langkah 3
Kualiti peluang entri. Adakah harga kini berada di kawasan risk/reward yang baik untuk meletakkan entri sekiranya setup berlaku?
Langkah 4
Penggunaan multi-time frame untuk setup dan entri. Perubahan jenis pasaran sebagai peluang setup dagangan di time frame utama, dan teknik entri di time frame lebih kecil.Langkah 5
Pengurusan dagangan selepas meletakkan entri. Inilah penekanan utama teknik, di mana anda mengenalpasti:
a. Apa yang dimaksudkan dengan reversal?
b. Apa yang dilakukan sekiranya pasaran bergerak mengikut arah dagangan?
c. Apa yang dilakukan sekiranya pasaran bergerak menentang arah dagangan?
d. Apa definisi had masa untuk memegang sesuatu posisi dagangan? Elakkan mengubah sifat entri sekiranya pasaran bergerak menentang arah. Jangan Scalp jadi swing, news jadi position bila entri silap.
e. Apa yang dilakukan apabila ada risk event?
f. Bila anda perlu berbuat sesuatu, dan bila anda membiarkan posisi tanpa diganggu.Langkah 6Rekodkan pelan dagangan anda dengan meletakkan jenis pasaran, sebab di sebalik pemilihan pasangan Matawang dagangan, kaedah pengurusan dan keyakinan kepada entri.Langkah 7Rekodkan keputusan dagangan dan apa yang berlaku menyebabkan keputusan berkenaan. Ambik peluang memahami diri, Pasaran dan strategi daripada setiap posisi.Inilah penekanan dalam analisa teknikal. Bukan hanya fikir nak beli, jual dalam pasaran.Buat perkara jelas dalam dagangan.

Secara lazimnya, seorang pedagang bukannya tidak tahu kaedah memasuki pasaran.

Masalah utama pedagang adalah tidak mempunyai teknik menyeluruh mengenai kaedah keluar daripada pasaran.

Teknik yang dibina dalam satu sistem dagangan lengkap membantu pedagang mengawal emosi, dengan penekanan kepada mengikuti proses dagangan secara objektif tanpa bimbang kepada entri.

Belajar mempercayai diri, yakin kepada sistem dan disiplin mengikuti peraturan-peraturan dagangan.

#jaditrader
#educationmatters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *